Permohonan Terbuka Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 - Seluruh Negara


Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan terbuka Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sebagai Pembantu Perawatan Kesihatan U11 di Kementerian Kesihatan Malaysia KKM sebagaimana berikut:

1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

PERMOHONAN
Permohonan untuk jawatan diatas dibuka sepanjang tahun. Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat melalui sistem Online SPA melalui pautan dibawah. Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.

SYARAT LANTIKAN
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
3. Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Gaji Minimum : RM1,204.00
Gaji Maksimum : RM3,001.00
Kenaikan Tahunan : RM80.00


Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Lokasi : TERBUKA SELURUH NEGARA
Tarikh Tutup : TERBUKA SEPANJANG TAHUN

Previous
Next Post »